Friday, January 24, 2014

MAJLIS PENYAMPAIAN WATIKAH PENGAWAS SEKOLAH DAN PENGAWAS PUSAT SUMBER SEKOLAH





Majlis penyampaian watikah Pengawas Sekolah dan Pengawas Pusat Sumber Sekolah diadakan secara serentak pada 12 Januari 2014 bertempat di Dewan Terbuka SK Sungai Las.


Majlis Penyampaian Watikah Pelantikan Pengawas Sekolah dan Pengawas Pusat Sumber Sekolah diadakan bertujuan membentuk kumpulan pemimpin murid yang mampu menggerakkan organisasi ke tahap cemerlang. Selain itu, Majlis Penyampaian Watikah Pelantikan Pengawas Sekolah dan Pengawas dan Pusat Sumber Sekolah juga bertujuan :
  • Membentuk sikap tanggungjawab dalam kalangan pemimpin
  • Boleh bekerja dalam kumpulan yang mampu menggerakkan organisasi
  •  Boleh berinteraksi dengan baik dengan warga Sekolah kebangsaan Sungai Las
Penyampaian Watikah 
Pengawas Sekolah

Penyampaian Watikah 
Pengawas Sekolah

Penyampaian Watikah 
Pengawas Pusat Sumber Sekolah

Penyampaian Watikah 
Pengawas Pusat Sumber Sekolah
Badan Pengawas Sekolah
Badan Pengawas Pusat Sumber Sekolah

Bacaan Ikrar

Thursday, January 23, 2014

Verifikasi Sekolah Berprestasi Tinggi 2014

Tahniah kepada sekolah-sekolah Terengganu yang tersenarai Band 1 dan layak tercalon menjadi Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT). Sekolah terlibat wajib mengisi dan memenuhi :
  1. Mengisi instrument Annex SBT 2.0 di Portal NKRA mulai 21 Januari hingga 21 Februari 2014
  2. Tiada Laporan Audit Berteguran Tahun Kewangan 2011,2012 dan 2013
  3. Verifikasi bagi sekolah yang tercalon oleh JNJK  bermula 23 Februari 2014 meliputi verifikasi SKPM dan Annex
  4. Selain itu dokumentasi/evidens juga akan dinilai.
Urusetia SBT JPN akan mengadakan taklimat khas yang dijangka diadakan sebagaimana berikut:
  • Tarikh : 4 Februari 2014
  • Masa : 9.00 pagi
  • Tempat : Bilik Mesyuarat Alamanda, JPN Terengganu
Sekolah Band 1 terlibat ialah:
  1. SK Kampung Raja, Besut
  2. SK Tok Dor, Besut
  3. SK Tepus, Dungun
  4. SK Batu 7, Dungun
  5. SK Kampung Chabang, Kemaman
  6. SK Rantau Petronas, Kemaman
  7. SK Paya Bunga, Kuala Terengganu
  8. SK Kuala Berang, Hulu Terengganu
  9. SK Dusun, Hulu Terengganu
  10. SK Langgar, Hulu Terengganu
  11. SK Tapu, Hulu Terengganu
  12. SK Kemat, Hulu Terengganu
  13. SK Teris, Hulu Terengganu
  14. SK Seri Berang, Hulu Terengganu
  15. SK Lubok Teras, Setiu
  16. SK Sungai Las, Setiu
  17. SK Lembah Jaya, Setiu
Sekolah di atas terutama sekolah bertaraf SKK dapat membuat persiapan dan persediaan awal.


sumber : Unit Sekolah Rendah JPNT

Tuesday, January 21, 2014

Anugerah Tawaran Baharu Guru Besar 2013

Sekolah SK Sungai Las sekali lagi terpilih untuk diverifikasi Anugerah Tawaran Baharu Guru Besar ( New Deal/ Bai'ah) bagi tahun 2013. Anugerah yang mengiktiraf kepimpinan sekolah(Guru Besar) yang menunjukkan kecemerlangan di sesebuah sekolah ini telah dua kali disandang oleh SK Sungai Las iaitu pada tahun 2011 dan 2012. Bagi Tahun 2013, sebanyak 34 buah sekolah di negeri Terengganu layak untuk diverifikasi Anugerah tersebut dan di Daerah Setiu sebanyak 4 buah sekolah layak termasuk SK Sungai Las. Satu taklimat telah diadakan oleh pihak Jemaah Nazir Sektor Jaminan Kualiti(JNJK) JPN Terengganu kepada semua Guru Besar sekolah-sekolah yang terlibat pada 20 Januari 2014 di SK Sultan Sulaiman 1 Kuala Terengganu. Verifikasi tersebut akan dijalankan bermula 27 Januari 2014 hingga 21 Februari 2014. 
        Justeru, Komitmen daripada seluruh warga sekolah amat dihargai dalam usaha SK Sungai Las untuk menyandang Anugerah Bai'ah buat kali ketiga berturut-turut.. Insya-Allah.


  

Wednesday, January 1, 2014

Selamat Tahun Baharu 2014


Selamat kembali ke sekolah diucapkan kepada semua warga SK Sungai Las. Seramai 64 orang murid begitu teruja menyambung sesi persekolahan yang baharu bagi tahun 2014. Selamat datang diucapkan kepada murid-murid  tahun satu yang baru memulakan sesi persekolahan di aliran perdana. Semoga tahun 2014 akan membawa lebih banyak kecemerlangan kepada SK Sungai Las.

Murid-murid Tahun Satu yang baru memulakan Sesi Persekolahan pada tahun ini.

Thursday, December 19, 2013

Anugerah PIBG Cemerlang Peringkat Kebangsaan 2013

Penghakiman Anugerah PIBG Cemerlang Peringkat Kebangsaan 2013 Kategori Sekolah Pedalaman      



19 Dis 2013 - Acara penghakiman Anugerah PIBG Cemerlang Peringkat Kebangsaan 2013 kategori Sekolah Pedalaman telah berlangsung hari ini. Kehadiran En. Saruchi bin Sawal dari Bahagian Pengurusan Sekolah Harian, Kementerian Pendidikan Malaysia dan En. Jasmi bin Abu Samah dari Jabatan Pendidikan Melaka dan diringi oleh Tuan Haji Suhaimi Zakaria ,Pegawai Khas Ko-Akademik Pejabat Pendidikan Daerah Setiu, En. Rosli Mamat, Pegawai Perhubungan Sekolah dan En. Ramli Awang Kechil, Pegawai Khas LINUS PPD Setiu telah disambut dengan meriah oleh ahli PIBG SK Sungai Las.Acara sambutan dimulai dengan pertunjukan silat pulut oleh ahli PIBG dan paluan kompang oleh bekas murid SK Sungai Las.Pada kesempatan itu juga, hakim-hakim berkesempatan berkenalan dengan ahli PIBG SK Sungai Las dan meninjau Taman Herba yang diusahakan oleh pihak sekolah dengan kerjasama PIBG. Kehadiran ibu bapa dan masyarakat setempat memeriahkan lagi suasana. 
                     Proses penghakiman bermula dengan sesi pembentangan profil PIBG menggunakan perisian "power-point" oleh En. Tarmizi yang merupakan Alumni SK Sungai Las dan diteruskan dengan sesi penelitian secara hand-on berkaitan fail-fail dan instrumen yang ditetapkan oleh pihak KPM. Majlis diakhiri dengan penyampaian cenderamata kenang-kenangan dari pihak PIBG SK Sungai Las kepada hakim-hakim dan pegawai pengiring oleh YDP PIBG, En Zahari bin Said seterusnya jamuan ringkas kepada semua yang hadir.
               Secara keseluruhannya, proses Penghakiman yang bermula pada jam 10.30 am dan berakhir pada jam 2.00 pm berjalan dengan lancar. Pihak PIBG SK Sungai Las merakamkan jutaan terima kasih kepada semua yang hadir memberikan sokongan terutamanya pihak Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu dan Pejabat Pendidikan Daerah Setiu yang telah memberi bimbingan dan tunjuk ajar sehingga PIBG SK Sungai Las sampai ke tahap ini. 

Semoga PIBG SK Sungai Las akan berjaya.... 

  En. Saruchi bin Sawal (kanan) dan En. Jasmi bin Abu Samah  

  Pertunjukkan "Silat Pulut" oleh Ahli PIBG SK Sungai Las  
  Meninjau Taman Herba 
 Sesi pembentangan profil PIBG oleh En. Tarmizi
  Para hakim khusyuk mendengar pembentangan 


 En. Saruchi dan En.Jasmi sedang meneliti instrumen-instrumen yang berkaitan semasa proses penghakiman. 

          Majlis Penyampaian Cenderamata      
         En.Jasmi bin Abu Samah       
Jabatan Pendidikan Negeri Melaka 
             En. Saruchi bin Sawal           
Bahagian Pengurusan Sekolah Harian 
     Kementerian Pendidikan Malaysia  

        Tn Hj. Suhaimi bin  Zakaria        
   Pegawai Khas Ko-Akademik PPDS  
            ( Pegawai Pengiring )           
             En.Rosli bin Mamat             
       Pegawai Perhubungan Sekolah  
            ( Pegawai Pengiring )          


          En. Tarmizi           
( ALUMNI SK Sungai Las ) 
     selaku pembentang     

       En. Ramli Awang Kechil    
     Pegawai Khas LINUS  PPDS  
      ( Pegawai Pengiring)          























Tuesday, December 3, 2013

Tahniah PIBG SKSL

TAHNIAH WARGA SK SUNGAI LAS  TERPILIH UNTUK VERIFIKASI ANUGERAH PIBG CEMERLANG PERINGKAT KEBANGSAAN KATEGORI SEKOLAH PEDALAMAN 2013

Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG)SK Sungai Las telah terpilih untuk diverifikasi bagi Anugerah PIBG Cemerlang Peringkat Kebangsaan 2013 kategori sekolah pedalaman setelah berjaya mendapat tempat pertama pada peringkat Daerah Setiu dan Negeri Terengganu. Verifikasi tersebut mencipta lipatan sejarah baharu kepada SK Sungai Las kerana buat julung-julung kalinya mendapat pengiktirafan tersebut sepanjang penubuhan SK Sungai Las. Justeru, komitmen seluruh warga SK Sungai Las  amat diharapkan agar PIBG SK Sungai Las berjaya meraih kejayaan yang cemerlang. 
 Semoga Bejaya...

Thursday, November 21, 2013

LOGO BAHARU KPM

  LOGO BAHARU KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA (KPM)





Rasional 

Logo ini direka menggunakan huruf ‘Alif’ sebagai konsep teras. Pendekatan mengunakan huruf atau typography adalah berdasarkan pengertian bahawa manusia yang pada masa hidupnya, berada pada jalan yang lurus sebagaimana huruf ‘Alif’ itu. Alif juga membawa pengertian ILMU kerana Allah mengangkat orang-orang yang beriman dan orang-orang yang diberi ilmu dengan beberapa darjat. Ilmu juga diklasifikasikan sebagai pengetahuan atau kepandaian yang merangkumi semua bidang yakni duniawi mahupun ukhrawi. Ilmu juga di takrifkan sebagai pemindahan roh atau jiwa daripada kegelapan kepada kecerahan dan sebagai suatu kebenaran dan keyakinan. Logo ini menggunakan dua ‘P’ dan dua ‘Alif’ melambangkan dua peringkat pendidikan iaitu Sistem Sekolah dan Sistem Pengajian Tinggi. Hurup ‘P’ yang bertingkat ke arah Alif melambangkan tahap-tahap kecemerlangan pendidikan Malaysia. Bentuk Bulat melambangkan Malaysia sebagai pusat pendidikan yang bersifat global.
Dari segi warna, biru bermaksud profesionalisme dalam sistem pendidikan negara. Kuning keemasan melambangkan kecemerlangan.  Putih melambangkan sistem pendidikan yang bermutu tinggi dan membentuk insan yang berkualiti dan berilmu mulia.

Rekabentuk oleh Prof. Dato’ Dr Ahmad Zainuddin & Mohd Faizal Ahmad (Majlis Rekabentuk Malaysia)

               Muat turun     Logo KPM Baharu
               Muat turun   Garis Panduan Penggunaan Logo KPM baharu


sumber : Kementerian Pendidikan Malaysia