Penghakiman Anugerah PIBG Cemerlang Peringkat Kebangsaan 2013 Kategori Sekolah Pedalaman
19 Dis 2013 - Acara penghakiman Anugerah PIBG Cemerlang Peringkat Kebangsaan 2013 kategori Sekolah Pedalaman telah berlangsung hari ini. Kehadiran En. Saruchi bin Sawal dari Bahagian Pengurusan Sekolah Harian, Kementerian Pendidikan Malaysia dan En. Jasmi bin Abu Samah dari Jabatan Pendidikan Melaka dan diringi oleh Tuan Haji Suhaimi Zakaria ,Pegawai Khas Ko-Akademik Pejabat Pendidikan Daerah Setiu, En. Rosli Mamat, Pegawai Perhubungan Sekolah dan En. Ramli Awang Kechil, Pegawai Khas LINUS PPD Setiu telah disambut dengan meriah oleh ahli PIBG SK Sungai Las.Acara sambutan dimulai dengan pertunjukan silat pulut oleh ahli PIBG dan paluan kompang oleh bekas murid SK Sungai Las.Pada kesempatan itu juga, hakim-hakim berkesempatan berkenalan dengan ahli PIBG SK Sungai Las dan meninjau Taman Herba yang diusahakan oleh pihak sekolah dengan kerjasama PIBG. Kehadiran ibu bapa dan masyarakat setempat memeriahkan lagi suasana.
Proses penghakiman bermula dengan sesi pembentangan profil PIBG menggunakan perisian "power-point" oleh En. Tarmizi yang merupakan Alumni SK Sungai Las dan diteruskan dengan sesi penelitian secara hand-on berkaitan fail-fail dan instrumen yang ditetapkan oleh pihak KPM. Majlis diakhiri dengan penyampaian cenderamata kenang-kenangan dari pihak PIBG SK Sungai Las kepada hakim-hakim dan pegawai pengiring oleh YDP PIBG, En Zahari bin Said seterusnya jamuan ringkas kepada semua yang hadir.
Secara keseluruhannya, proses Penghakiman yang bermula pada jam 10.30 am dan berakhir pada jam 2.00 pm berjalan dengan lancar. Pihak PIBG SK Sungai Las merakamkan jutaan terima kasih kepada semua yang hadir memberikan sokongan terutamanya pihak Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu dan Pejabat Pendidikan Daerah Setiu yang telah memberi bimbingan dan tunjuk ajar sehingga PIBG SK Sungai Las sampai ke tahap ini.
Secara keseluruhannya, proses Penghakiman yang bermula pada jam 10.30 am dan berakhir pada jam 2.00 pm berjalan dengan lancar. Pihak PIBG SK Sungai Las merakamkan jutaan terima kasih kepada semua yang hadir memberikan sokongan terutamanya pihak Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu dan Pejabat Pendidikan Daerah Setiu yang telah memberi bimbingan dan tunjuk ajar sehingga PIBG SK Sungai Las sampai ke tahap ini.
Semoga PIBG SK Sungai Las akan berjaya....
En. Saruchi bin Sawal (kanan) dan En. Jasmi bin Abu Samah |
Pertunjukkan "Silat Pulut" oleh Ahli PIBG SK Sungai Las |
Meninjau Taman Herba |
En. Saruchi dan En.Jasmi sedang meneliti instrumen-instrumen yang berkaitan semasa proses penghakiman. Majlis Penyampaian Cenderamata |
En.Jasmi bin Abu Samah Jabatan Pendidikan Negeri Melaka |
En. Saruchi bin Sawal Bahagian Pengurusan Sekolah Harian Kementerian Pendidikan Malaysia |
Tn Hj. Suhaimi bin Zakaria Pegawai Khas Ko-Akademik PPDS ( Pegawai Pengiring ) |
En.Rosli bin Mamat Pegawai Perhubungan Sekolah ( Pegawai Pengiring ) |
En. Tarmizi ( ALUMNI SK Sungai Las ) selaku pembentang |
En. Ramli Awang Kechil Pegawai Khas LINUS PPDS ( Pegawai Pengiring) |