Thursday, December 19, 2013

Anugerah PIBG Cemerlang Peringkat Kebangsaan 2013

Penghakiman Anugerah PIBG Cemerlang Peringkat Kebangsaan 2013 Kategori Sekolah Pedalaman      



19 Dis 2013 - Acara penghakiman Anugerah PIBG Cemerlang Peringkat Kebangsaan 2013 kategori Sekolah Pedalaman telah berlangsung hari ini. Kehadiran En. Saruchi bin Sawal dari Bahagian Pengurusan Sekolah Harian, Kementerian Pendidikan Malaysia dan En. Jasmi bin Abu Samah dari Jabatan Pendidikan Melaka dan diringi oleh Tuan Haji Suhaimi Zakaria ,Pegawai Khas Ko-Akademik Pejabat Pendidikan Daerah Setiu, En. Rosli Mamat, Pegawai Perhubungan Sekolah dan En. Ramli Awang Kechil, Pegawai Khas LINUS PPD Setiu telah disambut dengan meriah oleh ahli PIBG SK Sungai Las.Acara sambutan dimulai dengan pertunjukan silat pulut oleh ahli PIBG dan paluan kompang oleh bekas murid SK Sungai Las.Pada kesempatan itu juga, hakim-hakim berkesempatan berkenalan dengan ahli PIBG SK Sungai Las dan meninjau Taman Herba yang diusahakan oleh pihak sekolah dengan kerjasama PIBG. Kehadiran ibu bapa dan masyarakat setempat memeriahkan lagi suasana. 
                     Proses penghakiman bermula dengan sesi pembentangan profil PIBG menggunakan perisian "power-point" oleh En. Tarmizi yang merupakan Alumni SK Sungai Las dan diteruskan dengan sesi penelitian secara hand-on berkaitan fail-fail dan instrumen yang ditetapkan oleh pihak KPM. Majlis diakhiri dengan penyampaian cenderamata kenang-kenangan dari pihak PIBG SK Sungai Las kepada hakim-hakim dan pegawai pengiring oleh YDP PIBG, En Zahari bin Said seterusnya jamuan ringkas kepada semua yang hadir.
               Secara keseluruhannya, proses Penghakiman yang bermula pada jam 10.30 am dan berakhir pada jam 2.00 pm berjalan dengan lancar. Pihak PIBG SK Sungai Las merakamkan jutaan terima kasih kepada semua yang hadir memberikan sokongan terutamanya pihak Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu dan Pejabat Pendidikan Daerah Setiu yang telah memberi bimbingan dan tunjuk ajar sehingga PIBG SK Sungai Las sampai ke tahap ini. 

Semoga PIBG SK Sungai Las akan berjaya.... 

  En. Saruchi bin Sawal (kanan) dan En. Jasmi bin Abu Samah  

  Pertunjukkan "Silat Pulut" oleh Ahli PIBG SK Sungai Las  
  Meninjau Taman Herba 
 Sesi pembentangan profil PIBG oleh En. Tarmizi
  Para hakim khusyuk mendengar pembentangan 


 En. Saruchi dan En.Jasmi sedang meneliti instrumen-instrumen yang berkaitan semasa proses penghakiman. 

          Majlis Penyampaian Cenderamata      
         En.Jasmi bin Abu Samah       
Jabatan Pendidikan Negeri Melaka 
             En. Saruchi bin Sawal           
Bahagian Pengurusan Sekolah Harian 
     Kementerian Pendidikan Malaysia  

        Tn Hj. Suhaimi bin  Zakaria        
   Pegawai Khas Ko-Akademik PPDS  
            ( Pegawai Pengiring )           
             En.Rosli bin Mamat             
       Pegawai Perhubungan Sekolah  
            ( Pegawai Pengiring )          


          En. Tarmizi           
( ALUMNI SK Sungai Las ) 
     selaku pembentang     

       En. Ramli Awang Kechil    
     Pegawai Khas LINUS  PPDS  
      ( Pegawai Pengiring)          























Tuesday, December 3, 2013

Tahniah PIBG SKSL

TAHNIAH WARGA SK SUNGAI LAS  TERPILIH UNTUK VERIFIKASI ANUGERAH PIBG CEMERLANG PERINGKAT KEBANGSAAN KATEGORI SEKOLAH PEDALAMAN 2013

Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG)SK Sungai Las telah terpilih untuk diverifikasi bagi Anugerah PIBG Cemerlang Peringkat Kebangsaan 2013 kategori sekolah pedalaman setelah berjaya mendapat tempat pertama pada peringkat Daerah Setiu dan Negeri Terengganu. Verifikasi tersebut mencipta lipatan sejarah baharu kepada SK Sungai Las kerana buat julung-julung kalinya mendapat pengiktirafan tersebut sepanjang penubuhan SK Sungai Las. Justeru, komitmen seluruh warga SK Sungai Las  amat diharapkan agar PIBG SK Sungai Las berjaya meraih kejayaan yang cemerlang. 
 Semoga Bejaya...